Kehamilan Anggur (Molar Pregnancy)

Molar pregnancy 1

Kes: Ibu, 36 tahun mengandung kali ke lima dimasukkan ke hospital kerana tumpah darah yang serius,  usia kandungan 14 minggu. Sebelum itu ibu mengalami muntah yang teruk semenjak mula mengandung. Di wad kecemasan didapati ibu sangat pucat, tekanan darahnya sangat tinggi 180/110 dan bengkak kedua kaki. Tinggi rahimnya 20 cm lebih besar dari umur kandungan. Selain dari darah yang turun, didapati ada banyak tisu tisu seperti anggur keluar bersama darah dari vagina. Ultrasound menunjukkan tidak ada janin dalam kandungan ibu. Ibu didiagnosakan mengalami kehamilan anggur.. atau molar pregnancy

Apakah kehamilan anggur ?

Kehamilan anggur adalah kehamilan yang tidak menjadi di mana uri dan janin tidak membentuk dengan betul dan bayi tidak berkembang sebaliknya menjadi tisu tisu berupa anggur. Pada peringkat awal wanita yang mengalami kandungan anggur akan menunjukkan tanda tanda kehamilan yang menonjol seperti muntah teruk dan akhirnya akan mengalami pendarahan dan gejala-gejala lain yang menunjukkan sesuatu yang tidak kena .

Kehamilan anggur boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mempunyai implikasi jangkamasa panjang yang serious jika tidak mendapat rawatan segera dan  pemantauan berkala.

Adakah ia kerap berlaku?

Kira-kira 1 dalam 1000 kehamilan di Malaysia adalah kehamilan anggur.  Wanita berumur di bawah umur 20 atau lebih 35 tahun jika mengandung lebih cenderung mendapat kandungan anggur.  Berbanding dengan wanita di barat, wanita keturunan Asia Tenggara juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kehamilan anggur.


Apa yang menyebabkan kehamilan anggur ?

Satu kehamilan molar berlaku apabila terdapat masalah tertentu dengan maklumat genetik ( kromosom ) dalam telur tersenyawa. Dalam kehamilan biasa, telur disenyawakan mengandungi 23 kromosom daripada bapa dan 23 daripada ibu. Dalam kehamilan anggur, terdapat kelainan dimana dua sperma mensenyawakan satu telur (ovum) yang sama.

Ada dua jenis kehamilan anggur:

1. Kehamilan anggur lengkap (complete hydatidiform mole): Jika ovum itu kosong i.e tidak mempunyai salinan kromosom, 2 sperma yang membawa 2 salinan kromosom bapa bercantum dan akibatnya ialah kehamilan anggur yang lengkap. dalam kes ini , tidak ada embrio, kantung amnion, atau mana-mana tisu plasenta yang normal. Sebaliknya, plasenta membentuk massa sista yang kelihatan seperti satu kelompok anggur. Jenis ini lebih  merbahaya dan berisiko tinggi untuk merebak ke organ badan yang lain seperti barah.

molar pregnancy 5

2. Kehamilan molar paling separa (partial mole): telur disenyawakan mempunyai set biasa kromosom daripada ibu (23) dan dua set daripada bapa (46) , jadi terdapat 69 kromosom dan bukannya 46 biasa. (Ini boleh berlaku apabila kromosom daripada sperma yang disalin atau apabila dua sperma mensenyawakan telur yang sama. Jenis kelainan ini, ada beberapa tisu plasenta biasa dan sebahagian embrio di kalangan kelompok tisu yang tidak normal. Jenis ini kurang merbahaya.

molar pregnancy with fetus
Bagaimana saya tahu jika saya hamil kehamilan anggur ?

Pada peringkat awal kehamilan anggur akan nampak seperti kehamilan yang biasa. Berikut adalah tanda tanda dan gejala kehamilan anggur. Jika anda mengalami gejala atau mempunyai tanda tanda seperti ini anda harus berjumpa doktor dengan segera

1. Turun darah: Ia mungkin menjadi merah terang atau pelepasan coklat, berterusan atau terputus-putus, ringan atau berat. Pendarahan ini boleh bermula seawal enam minggu kehamilan anda atau selewat 12 minggu.

2. Keluar tisu tisu seperti gugusan anggur bersama darah melalui vagina

moalr pregnancy 2

3. Loya & muntah yang teruk

4. Kekejangan perut: kerana rahim anda boleh berkembang lebih cepat daripada biasa

5. Preeclampsia: Tekanan darah tinggi yang serius semasa mengandung sebelum kandungan mencapai 20 minggu

6. Pucat : kurang darah

7. Syndrom hyperthyroid: berpeluh, menggigil, panas badan, berdebar jantung

8. Batuk darah semasa mengandung

9. Imbasan Ultrasound menunjukkan tiada janin dalam kandungan dan rahim lebih besar daripada umur kandungan

molar pregnancy4

10. Tahap hormon  hCG jauh lebih tinggi daripada biasa

Bagaimana Kehamilan Anggur Dirawat?

Sebaik sahaja diagnosa kehamilan anggur dibuat, doktor akan membuat order ujian ujian darah dan imbasan yang lanjut untuk menilai tahap keterukkan dan komplikasi kandungan anggur.

1. Prosedur ‘Suction Evacuation’: Ini adalah satu prosedur untuk mengeluarkan kandungan molar dari rahim. Prosedur ini memerlukan bius penuh untuk dijalankan. Sebilangan doktor akan mengulangi prosedur ‘suction evacuation’ selepas 2 minggu, kerana kadang kandang tisu tisu kandungan anggur itu tidak dapat dikeluarkan secara total tetapi berperingkat.

Komplikasi Kehamilan Anggur

1. Perdarahan yang serius

2. Rahim pecah akibat invasi tisu tisu anggur

3. Invasive Mole: Tissu anggur menusuk masuk ke dalam dinding rahim

4. Kegagalan sistem pembekuan darah sistemik. (Disseminated Intravascular Coagulation)

5. Jangkitan yang boleh membawa kepada kejutan

6. Gestational trophobastic disease: Kehamilan anggur bertukar menjadi satu penyakit yang lebih serius yang boleh merebak ke organ lain terutamanya ke hati dan paru paru melaui sebaran tisu anggur melalui salur darah

7. Choriocarcinoma: kahamilan anggur bertukar menjadi kanser dan boleh merebak ke hati, paru paru dan otak

Oleh:

Dr Sharifah Halimah Jaafar M.D, M.Med O&G (UKM), A.M (MAL)

Consultant Obstetrician & Gynaecologist, Regency Specialist Hospital

Women’s Health Advocator

 

 

 

One thought on “Kehamilan Anggur (Molar Pregnancy)

  1. Hi Dr.

    Saya nak tanya, kalau pernah mengandung partial molar, berapa lama selepas s&c boleh mengandung semula? Kena ikut 1 tahun juga? Saya x perlu buat chemo selepas s&c hari tu. kandungan masuk minggu ke-12. Dr yg buat s&c cakap, after 6 month hcg normal boleh mengandung semula but other than that Dr said must be 1@2 year. What is ur opinion doc?

    Tq

    Like

Leave a comment