Sedang mencuba untuk hamil? Apakah makanan yang boleh meningkatkan kesuburan?

Image Ada ramai wanita yang cuba untuk hamil mengajukan soalan tentang pemakanan yang boleh membantu mereka hamil.  Apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak boleh dimakan.  Budaya kita ini, lebih banyak kita diberitahu tentang yang tidak boleh dimakan daripada apa yang baik untuk di ambil. Di zaman ini pula ada pelbagai jualan jualan terus makanan untuk kesihatan di jual dengan bebagai cara strategi marketingnya.  Soalnya adakah perlu kita mengambil makanan atau vitamin tambahan ini?

Jika anda sedang cuba untuk hamil, adalah penting bagi anda untuk menyediakan badan yang sihat supaya ia boleh meningkatkan peluang anda untuk hamil. Anda harus mengamalkan amalan makanan atau diet yang sihat. Berikut adalah tip tip amalan pemakanan yang boleh membantu anda untuk mudah hamil.

1. Mengurangkan pengambilan karbohidrat mudah seperti nasi, roti putih, pasta. mee hoon, mee kuning dan sebagainya. ini adalah sangat penting terutamanya jika anda menghidapi masalah policystic ovarian syndrom atau PCOS. Ini adalah kerana zat karbohydrat mudah ditukarkan menjadi gula dalam badan dan ia meransang pengeluaran hormon insulin yang tinggi. Insulin yang berlebihan boleh meransang ovari dan meningkatkan penukaran hormon oestrogen kepada hormon androgen yang boleh merencatkan proses ovulasi.

2.  Tingkatkan pengambilan sayur sayuran dan buah buahan hijau, merah dan kuning.

Buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja menyampaikan pelbagai vitamin dan mineral, mereka juga sedang penuh dengan mikronutrien radikal bebas-busting, seperti fitokimia dan antioksidan. (Radikal bebas adalah molekul berbahaya yang menyelinap ke dalam badan pada tumit daripada segala-galanya daripada cahaya matahari untuk ekzos kereta dan boleh merosakkan ova itu, sperma, dan organ-organ pembiakan.)

3. Makan lebih ikan yang kurang kontiminasi merkuri

Ikan mempunyai lemak penting yang dipanggil Omega-3 asid lemak, yang memerlukan badan untuk kesuburan optimum – dan makanan laut adalah sumber terbaik. Elakkan ikan yang tinggi kontiminasi merkuri seperti ikan sardin, ikan ternakkan , kerang, siput, oyster dan sebagainya.  Pengambilan tablet anti-oksida Omega 3 juga digalakkan jika anda sedang cuba untuk hamil. Ada terdapat banyak penyelidikan yang menunjukkan pengambilan Omega 3 boleh meningkatkan peluang hamil, namun begitu kesan ini masih tidak dapat disahkan dengan jelas.

4. Ambil makanan yang tinggi zat besi

Memuatkan zat besi dari awal boleh meningkatkan stor zat besi didalam badan anda. Apabila anda telah hamil badan anda mempunyai kesukaran mengekalkan stor zat besi kerana bayi anda mengambil mineral dan zat besi daripada anda. Lebih teruk lagi, terlalu sedikit besi pada permulaan mengandung meletakkan anda berisiko untuk anemia selepas bersalin.  Makanan yang kaya dengan zat besi adalah seperti bayam, kekacang, cereal, brocolli, daging merah, ayam, dan sebagainya

5.  Kurangkan pengambilan kopi dan minuman yang tinggi kandungan kaffein. Ada kajian menunjukkan kaffien boleh menjejas kesuburan walaupun terdapat kajian yang lain melaporkan tiada kesan. Namun begitu bagi pasangan yang sukar untuk mengandung lebih baik ia di kurangkan.

Leave a comment